Thursday, September 03, 2009

Contest lagi... Contest Anak Merdeka

Tidak mahu terlepas lagi... setelah kempunan menyertai peraduan lepas (lambat beberapa jam sahaja), kali ini tidak lagi menanti 'last minutes'... contest dianjurkan oleh Catlina: kedai gambar kami. Syarat-syaratnya mudah sahaja ; link pada blog catlina, tampal logo contest, buat entri (macam entri ini hehe) di blog anda, upload gambar anak comel bersama jalur gemilang, lengkapkan slogan dan thats it.. ezi kn.. :)

Hmm memperkenalkan anak merdeka kelahiran Johor, berumur 2 tahun 4 hari (baru je sambut birthday hari sabtu lepas..) diberi nama aldeany hope ..

ada hope (harapan) ke untuk menang?..

SLOGAN
"Kami bangga menjadi anak Malaysia kerana...................

berpijak dibumi bertuah,
sejuk mata melihat kehijauan,
'alveolus' menghirup udara segar, tidur nyenyak dimalam kala,
disini kutemui aman damai..